saya cuba untuk menggayakan hasil karya2 penulis dari Arab...
Saturday, 27 April 2013
Tuesday, 23 April 2013
Latihan tangan...
Setelah sekian lama meninggalkan latihan penulisan khat... saya teruskan latihan dengan sahabat saya iaitu Khairul Mukmin.... :)
Friday, 14 December 2012
Friday, 23 December 2011
Pertandingan Peringkat Sekolah
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah....
Saya dapat Johan dalam pertandingan khat peringkat sekolah
Semoga saya terus berkarya kerana Allah
Wednesday, 21 December 2011
Tinta
Assalamualaikum wbt
Mula menimba ilmu dalam bidang seni khat, saya telah dididik oleh seorang guru iaitu Abang Afif. Disaat saya mula bertatih dalam bidang ini, beliaulah yang telah bertungkus-lumus mencurahkan segala ilmu. Walaupun turut berpeluang menimba ilmu daripada guru-guru lain, saya tetap berterima kasih kepada Abang Afif, insan yang telah banyak berkorban untuk saya.
Saya ingin menulis dan terus menulis kerana Allah. Semoga setiap karya yang dihasilkan menyumbang saham akhirat buat kedua ibubapa saya. Insan yang memastikan saya melangkah lebih jauh...
“Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat-kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.” (Luqman:27)
Subscribe to:
Posts (Atom)