Friday 23 December 2011

Pertandingan Peringkat Sekolah

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah....
Saya dapat Johan dalam pertandingan khat peringkat sekolah


Semoga saya terus berkarya kerana Allah

Wednesday 21 December 2011

Tinta


Assalamualaikum wbt

Mula menimba ilmu dalam bidang seni khat, saya telah dididik oleh seorang guru iaitu Abang Afif. Disaat saya mula bertatih dalam bidang ini, beliaulah yang telah bertungkus-lumus mencurahkan segala ilmu. Walaupun turut berpeluang menimba ilmu daripada guru-guru lain, saya tetap berterima kasih kepada Abang Afif, insan yang telah banyak berkorban untuk saya. 

Saya ingin menulis dan terus menulis kerana Allah. Semoga setiap karya yang dihasilkan menyumbang saham akhirat buat kedua ibubapa saya. Insan yang memastikan saya melangkah lebih jauh...

“Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat-kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.” (Luqman:27)